Sambil aku surf internet tetiba
kawan aku datang tepi dan pot pet pot pet berceloteh, panas baran nampaknya
kawan aku. Aku tanyakan juga mengapa perlu marah-marah? Rupa-Rupanya
Poster Islah kena delete di IIUM Online group di FB.
Aku pun ada perasan Poster Islah tapi tak adalah nak beria sangat. Kawan aku pun tunjuk printscreen poster Islah tersebut. Waktu dia printscreen orang yang komen adalah dalam 500++. Tapi ada sekali sebelum ni ana tengok
komen kat poster Islah sudah nak mencecah 800++ komen. Popular nampaknya
Islah ni. Tapi aku takdelah sampai nak printscreen. Aku kongsi gambar dari kawan aku.
Menurut kata kawan aku tersebut
Poster Islah tu dah kena delete sebab komen pada poster tu dah terlampau
tinggi. Aku rasa ada yang dah delete poster tu sebab nak sekat promotion Islah
tu. Haih…Kesian sungguh. Pada aku biar ajelah orang nak berkempen. Tapi kenapa Admin IIUM Online delete? Ada dengar khabar admin tersebut adalah budak WUFI. Menurut kata kawan aku, nampaknya ada lecturer yang
cuba promote calon-calon wufi dan menghentam calon-calon lain seperti
Islah. Tapi siapa calon WUFI?
Nampaknya ramai juga pengaruh
wufi sampai ada lecturer yang backup hebat WUFI ni. Pada maklumat yang aku dapat dari senior aku, ada banner WUFI naik. takpe yang itu nanti aku komen, ada tugasan yang perlu diselesaikan.
Kalau macam ini tiada demokrasi dalam page IIUM Online lah.
'Mahasiswa Tak Perlu Diperalatkan'.